Tuesday, September 25, 2007

Satu Kisah di MAlam Rayerrzz...




Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim. Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya.

Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.

"Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.
Naim kelihatan murung."Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orangjahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang jeboleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi.

"Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum.

"Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar.

"Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"

Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas.

"Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raizpandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam?

Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya lalu terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi."Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!"

Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan.

Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."

Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !

moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya khabar….

Ya-ALLAH,
SAHABAT saya buah hati saya,
Mesra Kami penawar duka.
Rindu kami menambahkan cintaMU,
Rajuk kami membuah ceria,
Silaturrahim kami UKHHWAH FILLAH,
Bermusuhnya kami Nauzubillah,
Berpisah mati innalillah.
Pengubat hati Doa Rabitah.
Ya ALLAH RAHMATIlah Kami meniti usia.
Terpisah kami di alam nyata temukan semula di TAMAN SYURGAMU..amiin ya rab.

Pandang Ke Depan


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Saya melihat ramai yang membaca buku-buku motivasi, pergi ke ceramah motivasi dan meneliti beratus artikel motivasi, namun masih kabur-kabur tentang kejayaan, kecemerlangan dan matlamat yag mahu di capai oleh mereka. Saya tertanya-tanya apa yang masih menahan mereka dari terus melangkah maju ke hadapan, walaupun sudah cukup dengan pengisian motivasi.


Ibarat mengisi air ke dalam sebuah gelas kaca, namun air tu tak penuh-penuh sebab ada kebocoran di di bawah cawan tu yang tak ternampak. Saya juga ada seorang kawan yang dah banyak membaca buku-buku motivasi, namun semua itu bagaikan tidak memberi kesan katanya, dia sendiri yang mengaku pada saya.Dari apa yang saya kaji, kita tertahan untuk maju ke depan sebab kita sering kali menoleh ke belakang dan sedikit terseksa dek kenangan lalu dan kegagalan yang mencengam jiwa kita.Bahkan, kita tidak cuba untuk melupakan kenangan pahi tersebut dan menerimanya sebagai sejarah hidup, tapi seringkali rasa terseksa setiap kali mengingatnya, dalam masa yang sama menjadikannya kayu pengukur pencapaian kita sekarang ini.


Kecemerlangan memang tidak tentu akan dicapai, sesuatu yang samar-samar dan bagaikan sesuatu yang mustahil. Namun, orang-orang yang cemerlang tidak menerima kepercayaan begitu, bahkan mereka berkata ia boleh dicapai lalu membuktikan kepercayaan mereka dengan rajin berusaha. Kejayaan masa depan memang tak nampak, tapi ia boleh di rasa.Anthony Robbins kata, 'the past does not equal the future'.


Apa yang berlaku pada kita di masa lalu takkan sama dengan apa yang berlaku hari ini dan di masa hadapan. Kita yang menentukan apa yang berlaku, bergantung kepada perbuatan kita, attitude kita dan mindset kitaAnda boleh toleh ke belakang, namun jangan sesekali menjadikannya 'sebagai' booster motivasi kerana minda separa sedar akan menangkap keperitan masa lalu di fikiran Anda dan menariknya datang pada Anda. Kesannya, Anda akan 'tertahan' untuk maju ke depan.


Mengapa? Sebab Anda asyik menoleh ke belakang.Jadi, jangan pandang belakang.Mana yang mahu dipandang?Pandang ke depan. Tanya diri Anda apa impian Anda.Kemudian, sediakan diri dan mental untuk bekerja serajin mungkin mencapainya. Affirm yourself, that you can do it just like anybody else.Jadikan impian-impian Anda sebagai 'booster' semangat motivasi yang sebenar.


Pandang ke depan, kerana itu adalah sikap orang-orang yang cemerlang. Mereka menerima kegagalan sebagai 'cara yang salah', mereka menahan telinga dari umpatan dan kata-kata nista bahkan mereka memaafkan sesiapa juga yang cemburu buta hingga tak puas hati dengan pencapaian mereka.Sentiasa pandang ke depan dapat mengisi minda Anda dengan gambaran mental tentang impian-impian Anda, lebih-lebih lagi bila Anda benar-benar mahu mencapai impian tersebut lalu menjadikannya sebagai 'burning desire' tanpa Anda sedari. Kesannya, apa yang Anda impikan ditarik datang pada Anda selain diiringi usaha berterusan.

Jangan sesekali menoleh lagi ke belakang, pandang jauh ke depan dan mulakan langkah kanan Anda hari ini juga !

Lagi-Lagi marsha n sara






Marsha n Sara yang aku cayangi






Monday, September 24, 2007


Berhati-hati,kalo ada sesapa nk jualperfume and suruh korang hidu bauperfume, tolong jgn hidu..terdapat kes dimana seorg gadis didatangi 2 lelaki yg mendakwa melakukan kajian psl myk wangi dan menyuruh gadis tersebutmenghidunya..sejurus kemudian gadis itu pengsan.sedar2 ia berada didpnsebuah bangunan,dan mendapati dirinya dirogol. barang berharga, wallet,henpon semua dirompak..so beringat2 lah la ni macam2 kes jenayah ada.......


AWAS! pemberian CD free bertajukAHMAD'DREAM motifnya memurtadkan melayu islam.watak lakonan oleh org melayu yg berjaya dimurtadkan.Sebarkan kalu sayang pada islam!!


Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita,serta-merta kita datang untuk penuhi panggilannya...Tapi ketika ALLAH memanggil kita(azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang.


Heran ya..bagaimana ketika anda membaca pesanan ini, anda tidak akan mengirim kepada beberapa orang yang ada di dalam messenger anda kerana anda risau apakah mereka akan fikirkan tentang diri anda atas kiriman inikepada mereka..


Heran ya bagaimana kita lebih bimbang akan apa yang orang fikirkan tentangkita...daripada apa yang ALLAH fikirkan


Kalau sudah dapat anggaplah inirezeki........ Baca, sebut lepas tuforward...


Assalamu 'alaikum, Kubur itu gelap, cahayanya ialah "Laa IlaahaIllalLah". Jika diletakkan langit danbumi di sebelah dacing, dan kalimahini di sebelah yang satu lagi, pastilebih berat lagi nilai kalimah 'Laailaaha illalLah' ini. Rasulullah saw.bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia!Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamupasti berjaya!"


Marilah kita ucapkankalimah ini: "Laa ilaaha illallah!"supaya ianya menjadi sebati dibibirkita.... ucapkanlah serentak dengandenyutan nadi, biar ia mengalirbersama arus aliran darah dan degupanjantung kita. sampaikanla walau satuayat..

Sunday, September 23, 2007

SELOKA ORANG TAK PUASA


Dia lahir dalam keluarga berada, mak dia jutawan bapak dia kaya;
Depan rumah penuh kereta, kat belakang ada kandang kuda,
Duit dalam rumah ada 8 juta, kat bank tak boleh nak kira.

Masuk bulan Ramadan satu famili ke luar negeri,
Bulan lain tak ke mana-mana, kononnya tak ada cuti;
Shopping ke sini sana, semua benda dia beli,
Buat persiapan Hari Raya biar jiran semua jaki.

Masa tu darjah 2 memanglah hukum kurang reti,
Tapi heran juga tengok bapak makan siang hari,
Mak, kakak, abang, semua turut join sekali,
Tengah Kota London, memang lah omputih tak ambik peduli!

Belajar sekolah biasa, subjek agama tolak tepi,
Surat beranak tulis Islam, tapi satu pun tak reti,
Mak tak pernah ajar, bapak pulak sibuk tak henti-henti,
Sepanjang siang Ramadan orang gaji masak nasi!
Hari-hari makan, dalam hati rasa curiga,
Kawan-kawan puasa dia pun teringin nak buat juga
Tanya pada bapak niat puasa macamana,
Bapak dia jawab.ahhhh tak puasa pun boleh raya!!

Bila dah dewasa dia kahwin dan berkeluarga,
Anak-anak ramai dia didik macam biasa;
Sembahyang tak pedulik, puasa tak buat juga
Bila anak tanya, dia cakap.ahhhh atuk pun sama macam kita!!

Diari Ramadhan Seorang Perantau

Bismillah alhamdulillah. Awal Ramadhan yang penuh rahmah dan barakah ini, saya teruskan kehidupan saya. Perut yang kosong, tidak menghalang saya untuk terus berjalan, melihat dan mentafsir. Petang tadi, saya sempat keluar ke pekan. Waktu inilah saya benar-benar memahami erti sebenar madrasah ramadhan (sekolah ramadhan) yang biasa kita sebut-sebut. Mungkin semua ini perkara biasa yang pernah kita lihat dan alami. Namun, tak semua orang yang mengambilnya sebagai satu pengajaran.
Dalam perjalanan, kenderaan yang saya naiki ditahan oleh seorang pak cik yang nampak keletihan. Sedang kakinya hendak melangkah ke dalam, si pak cik driver pula mengerakkan kenderaannya. Apa lagi, kelam kabut dibuatnya. Tiba-tiba, pak cik itu bertempik meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pak cik dirver yang tidak memberhentikan kenderaannya. Lama juga dia marah. Dari kata-katanya itu, dia memberitahu bahawa yang dia keletihan dandia puasa dengan nada yang begitu tinggi. Masing-masing nak pertahankan diri masing-masing. Sebenarnya, situasi seperti ini dah biasa saya alami. Siapa tak kenal perangai orang Mesir. Tak kira pak cik atau mak cik, kekasarannya memang jelas terserlah. Baik dalam pergaulan, apatah lagi dalam pertengkaran. Tapi, tidak semualah yang berperangai sebegitu. Walaubagaimanapun, bila ianya terjadi di depan mata saya sendiri, dada ni rasa berdebar-debar juga. Waktu itulah, terdetik di fikiran saya, ohh ! memang betullah, puasa ni memang banyak dugaannya. Sebab itu puasa bukan saja menahan lapar dan dahaga, tapi semua perkara kena jaga. Bila terjadi perkara-perkara macam ni, waktu itulah tahap kesabaran kita diuji. Pernah sahabat saya memperdengarkan sepotong hadis tentang sabar yang bermaksud : "sabar itu pada pertembungan yang pertama".
Pada mulanya, saya tak berapa jelas dengan maksud hadis ini, tapi bila diterangkan secara terperinci barulah saya faham. Contohnya, ketika musibah menimpai diri kita, lalu kita mengeluh tanda rasa kita tak boleh menerimanya, maka pada waktu jika kita sabar sesudah kita mengeluh, marah atau sebagainya, maka itu tidak dikira sabar lagi. Sabar yang dimaksudkan dalam hadis tersebut ialah sabar ketika mana kita sedang menghadapi musibah, ujian atau yang seumpama dengannya. Contoh terbaik yang kita boleh jadikan ikutan, ialah Nabi Muhammad S.A.W. dan kita semua telah sedia maklum.
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga di perbatasan negeri mu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (Surah Ali-'Imran : 200)
Habis bab sabar.
Memandangkan sekarang ni bulan Ramadhan, maka ujiannya pun bertambah hebat dan dahsyat. Kalau siapa yang duduk di Mesir ni, rasanya dah sedia maklum. Lagi-lagi yang tinggal di tengah-tengah bandar Kaherah. Sakit mata dibuatnya. Sakit bukan sebab terkena habuk. Tapi sakit sebab melihat gadis gadis arab yang memiliki paras rupa yang cantik. Siapa tak tergoda dan ternoda. Lagi-lagi pakaiannya yang menjolok mata.Memang mencabar. Lebih dahsyat dari cabaran membuat teh tarik. musim panas lebihlah teruk tambah pulak di bulan puasa ni. Masa ni lah kita betul-betul teruji dan diuji. Teringat kata-kata kawan saya, sebelum saya menjejaki bumi anbiya' ini, kawan saya beranggapan yang orang-orang arab Mesir ni mesti semuanya tutup-tutup belaka. Haah! saya pun mengiakan saja dan sememangnya saya berpandangan sepertinya juga. Bila menjejakkan kaki di bumi Mesir saja, lain pulak jadinya. Namun begitu, bagi saya semua tempat sebenarnya sama saja termasuklah di Malaysia. Tanggungjawab terpundak kepada yang memperlihat dan yang melihat.
Bila sebut tentang mata, kita jangan lupa bahawa ia juga merupakan satu amanah yang patut dipelihara dan diguna kepada yang selayaknya. Begitulah kehidupan dan ragam manusia. Terlampau inginkan yang baru, meluat kadang-kadang melihatnya. Trend dan fesyen pakaian di sini terutamanya di kalangan remajanya nampak janggal sedikit. Namun, hanya segelintir saja dan tak kurang juga ada yang berpakaian sopan dan menetapi ciri-ciri muslimah sejati. Part yang tu kadang-kadang bisa mengubat hati yang lara. Apa -apa pun, batas-batas Islam perlu juga dijaga. Nak tunduk, takut terhantok, tak tunduk takut terpaut. Terserahlah ....
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat"
Katakanlah kepada wanita yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung (Surah an-Nuur : 30-31)
Di Mesir ni, macam-macam ragam orangnnya.Sahabat- sahabat saya biasa mengingatkan bahawa Mesir ni bukan saja bumi yang di duduki oleh para nabi, akan tetapi kita harus ingat juga yang Mesir ini pernah di duduki oleh manusia yang paling zalim iaitu Firaun. Sejarah telak membuktikan. Maka, inilah yang dikatakan pertembungan diantara yang hak dengan yang batil. Sebab itu, kalau kita biasa dengar, orang akan cakap bahawa di Mesir ni kalau kita nak jadi baik pun boleh, nak jadi jahat pun boleh. Hari ini, jelas terbukti, di Mesir sendiri ramainya para ulama' dan tak kurang juga yang sebaliknya. Begitulah juga apa yang kita dapat lihat di Malaysia. Maka, dengan kelebihan yang Allah turunkan di setiap pelusuk muka bumi inilah yang sepatutnya kita ambil.
(Makanan syurga itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum ) Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai seksaan bagi orang-orang yang zalim (Surah as-Soffat : 62-63)

Perangi penjenayah seksual kanak-kanak

SAYA begitu terpanggil untuk meluahkan rasa terkejut, marah dan sedih apabila terbaca mengenai pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan yang mayatnya dijumpai dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, baru-baru ini.
Sebagai seorang wanita yang juga mempunyai anak saudara perempuan yang seusia dengan mangsa, saya dapat membayangkan penderitaan dan kesakitan yang ditanggung mangsa akibat perbuatan manusia yang tidak berperikemanusiaan.

Menurut laporan media, identiti penjenayah masih belum dapat dikenal pasti. Tetapi apa yang sangat dikesalkan ialah ketika umat Islam sibuk menyambut kedatangan Ramadan, masih ada juga manusia yang berhati binatang yang tidak mampu menahan nafsu serakah menggila sehingga sanggup menjadikan kanak-kanak yang tidak berdosa sebagai mangsa.
Di manakah letaknya nilai kemanusiaan dalam diri kita sebagai insan sehingga sanggup memperlakukan perbuatan keji terhadap anak kecil yang tidak mampu untuk melawan?
Perbuatan kejam yang dilakukan oleh penjenayah terbabit memang sukar dimaafkan apatah lagi sehingga tergamak melakukan serangan seksual dengan menggunakan objek keras sehingga menyebabkan kecederaan dalaman yang teruk dan akhirnya mangsa meninggal dunia.
Bagaimanakah jika anak-anak atau saudara-mara kita diperlakukan sedemikian rupa? Tidak terbitkah rasa belas kasihan di hati pelaku jenayah seksual ini tatkala melihat kesakitan yang ditanggung oleh mangsa?

Jenayah seperti ini dilihat seperti bermusim di mana negara pernah digemparkan dengan kes-kes rogol dan bunuh kanak-kanak sekitar tahun 2004 dan ia berulang kali berlaku tanpa ada kesudahan.
Kemarahan yang meluap-luap serta rasa keinsafan cuma datang sekejap sahaja. Apabila kes-kes seperti ini semakin dilupakan, maka minda masyarakat turut alpa maka timbullah semula jenayah kejam ini.

Pada hemat saya, semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan peristiwa menyayat hati ini tidak berulang lagi.

Pertamanya, pihak berkuasa hendaklah serius dalam usaha memburu penjenayah terbabit sehingga tertangkap. Setiap kali ada laporan kehilangan kanak-kanak, pihak polis hendaklah agresif dari minit pertama lagi dengan menggembleng semua sumber, mengadakan sekatan jalan raya, mengerahkan unit risikan dan penggunaan hipnosis (kaedah perantaraan jarak jauh).
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang di negara ini perlu keras dalam memastikan hukuman yang setimpal dijatuhkan terhadap perogol kejam ini agar ia menjadi iktibar kepada semua.

Keduanya, ibu bapa perlu mengawasi dan mengambil berat tentang anak-anak. Berilah sepenuh perhatian kepada anak- anak kita terutamanya kanak-kanak dan remaja perempuan. Jangan biarkan anak- anak kita keluar bersendirian biarpun untuk tujuan ke pasar malam atau kedai.
Ketiga, kita sebagai masyarakat Malaysia perlulah bersikap lebih prihatin dalam memastikan kejadian ini tidak berulang.

Sikap ambil tahu perlu ada walaupun kita hidup di bandar dan sibuk dengan rutin harian masing-masing.

Selain itu, janganlah pula kita lupa menerapkan didikan agama pada anak-anak dan keluarga kerana ia dapat menjadi benteng pertahanan untuk kita semua daripada melakukan perkara-perkara yang merosakkan agama, bangsa dan negara.

Kepada pihak polis, saya dan ramai lagi rakyat Malaysia amat berharap agar penjenayah berkenaan diberkas dan dikenakan hukuman paling berat.
Ia mesti menjadi azam seluruh rakyat supaya penjenayah itu tidak dapat lena
dan tenang biar sesaat sekalipun.

Berserhanalah di Bulan Ramadhan Al Mubarak nie


"" Mereka yang bersifat kesederh ana an dalam semua hal tidak akan menjadimiskin "Jika perlu marah , marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar ; jika perlu menangis , menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataantenang ;jika perlu patuh , patuhlah tetapi jangan samp ai hilang kemerdekaan .Jika mahu miskin , miskinlah tetapi jangan terlalu miskin , nanti mudah menjadi kufur ;kalau mahu kaya , kayalah tetapi jangan terlalu kaya samp ai terlupaperkataan sedekah ;jika mahu menjadi warak , lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangansamp ai terlupa keperluan dunia . Kalau mahu sebuah kereta mewah , belilah selagi mampu dan menepati keperluansemasa ;kalau mahu dua buah rumah , belilah asal jangan samp ai tak tahu maknaperkataan puas ;kalau mahu menimbun harta , bekerja keraslah asal jangan samp ai terlupa ibadah .Kalau mahu berhibur , berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahisyariat ;kalau mahu memperkatakan hal orang , berkatalah asal jangan samp aimengumpat ;kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang , cemburulah asalkan anda pun berusaha kuat sepertinya .Hidup sederh ana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya .Bersederh ana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara .Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis ; orang yang terlalu pand ai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau ;orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidakberdaya .Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan samp ai anda menjadi hamba kepada harta ;binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan samp ai terlupa soal-soal dunia ;binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan samp ai hilang kepercayaanorang dan tercalar maruah diri .Bukanlah seorang yang b ai k kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan minumnya terpaksa meminta-minta . Seeloknya bersederh ana dalamberibadah lantaran bekerja itu pun ibadah , membuang halangan di jal ana njuga ibadah , menasihati orang juga ibadah .Orang yang bersederh ana sentiasa terpandang di mata dunia . Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian Diaterpandang sepanjang masa b ai k oleh orang yang hina mahupun orang yangmulia . Berkuasanya bersederh ana bag ai kan pak ai an yang menjadi penebat pada rasa dingin dan p ana s yang membakar .Sayidina Ali r.a . berkata , " Berkh ai ratlah mengikut kemampuan dan janganlahmenjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan ."Hendak bersedekah jangan samp ai jatuh miskin ; menyimpan harta jangan samp ai digelar si bakhil , beribadah jangan samp ai semakin jahil .Kata sayidina Ali r.a . lagi , " Insan tidak akan melihat kesalahan seseorangyang bersifat tawaduk dan lemah lembut ."Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederh ana yang nyata , membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus . Jika anda impikan penghormatan manusiamaka bersederh ana lah dalam berbicara , berbatas-batas tatkala bergurau sendadan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira . Bersederh ana adalah jawapan kepada segala-galanya .

Marsha n Sara Bezdeyy





Bezdey MArsha ngan Sara buat kat KFC..

Marsha rompin



MArsha n sara gi Rompin..ngan kawan Jazmin n shashaa

MArha n Sara



MArsha n Sara


I love u'll veryy much ....

Brookk

Yo..broo.. Whatsuppzxx